Hadits Syiah
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator | |
|
Istilah Ahl al-Sunnah (أهل السنة) adalah sesuatu yang sudah dikenali ramai sehingga tidak perlu diperincikan lagi.[1] Ia adalah singkatan daripada istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, iaitu kumpulan umat Islam yang berjamaah dalam mengikuti al-Qur'an dan al-Sunnah secara keseluruhannya dan mendahulukan kedua-dua sumber tersebut di atas akal mereka. Mereka bukanlah Ahl al-Bid‘ah, iaitu kumpulan orang yang mendahulukan akal di atas nas al-Qur'an dan al-Sunnah sehingga menciptakan pelbagai bid‘ah sama ada yang berbentuk iktikad mahupun amalan yang bertentangan dengan petunjuk al-Qur'an dan al-Sunnah.
Atas tujuan singkatan perkataan, Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah akan disebut sebagai Ahl al-Sunnah sahaja di dalam buku ini. Pengenalan ringkas kepada sejarah kelahiran Ahl al-Sunnah.
Ahl al-Sunnah ialah kumpulan umat Islam yang telah wujud sejak zaman wahyu masih diturunkan. Merekalah umat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Kumpulan umat Islam ini mula dikenali dengan nama Ahl al-Sunnah setelah timbulnya beberapa aliran baru (bid‘ah) beberapa dekad selepas wafatnya Rasulullah seperti aliran Khawarij, Syi‘ah al-Rafidhah, Murji‘ah dan sebagainya.[2]
Aliran-aliran yang baru ini memiliki hujah daripada nas al-Qur'an dan al-Sunnah untuk membenarkan iktikad mereka. Akan tetapi:
Majoriti umat Islam yang masih berada di atas jalan yang benar membezakan diri mereka daripada aliran-aliran di atas. Mereka memiliki iktikad:
Pegangan yang teguh ini menyebabkan mereka menamakan diri mereka sebagai Ahl al-Sunnah. Penamaan ini juga bertujuan membezakan diri mereka daripada aliran-aliran baru yang menyelisihi 3 ciri di atas. Perlu ditambah bahawa di dalam bab tertentu wujud perbezaan pendapat di kalangan Ahl al-Sunnah. Namun perbezaan ini tidak melibatkan perkara-perkara iktikad yang membentuk asas agama tetapi melibatkan perkara-perkara yang lain yang dibolehkan berijtihad di dalamnya.
Ahl al-Sunnah tidak diasaskan oleh para imam yang empat seperti Abu Hanifah (150H), Malik bin Anas (179H), al-Syafi‘i (204H) dan Ahmad bin Hanbal (241H) rahimahullah ‘alaihim ajma‘in. Mereka semua berada di dalam Mazhab Ahl al-Sunnah dan bukan pengasasnya. Perbezaan di antara mereka hanyalah berkaitan dengan persoalan hukum fiqh dan bukannya iktikad.[3] Ibn Taimiyyah (728H) rahimahullah menegaskan:[4]
Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah mazhab lama yang sudah pun dikenal sebelum Allah mencipta Abu Hanifah, Malik, al-Syafi‘i dan Ahmad. Ia sesungguhnya adalah mazhab para sahabat yang mereka ambil secara terus dari Nabi mereka. Dan sesiapa yang menyalahi daripada yang demikian dialah pembuat bid'ah di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.
Demikian juga, Mazhab Ahl al-Sunnah tidak diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Asya‘ari (324H) rahimahullah. Beliau berada di dalam Mazhab Ahl al-Sunnah dan berusaha membelanya daripada beberapa aliran baru yang wujud pada zamannya. al-Baihaqi (456H) rahimahullah menerangkan hakikat ini:[5]
Syaikh kami, Abu al-Hasan al-Asya‘ari rahimahullah tidaklah mencipta di dalam agama Allah ini sesuatu yang baru dan tidaklah dia mendatangkan padanya sesuatu bid‘ah. Sebaliknya beliau mengambil doktrin para sahabat dan para tabi‘in dan daripada (orang-orang) sesudah mereka daripada kalangan para imam dalam prinsip agama. Kemudian beliau mempertahankannya dengan memberi syarahan tambahan dan penjelasan. Dan (beliau membuktikan) bahawa apa yang diperkatakan tentang persoalan prinsip (agama) dan apa yang datang tentangnya dari pembuat syari‘at (Allah) adalah benar di sisi akal yang sahih, berbeza dengan apa yang didakwa oleh para pengikut hawa nafsu bahawa sebahagian daripada prinsip tersebut tidak selari dengan pandangan akal.
Maka penjelasan beliau merupakan penguat kepada apa yang (sebelum itu) tidak dibuktikan ke atasnya oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah[6] dan pertahanan kepada doktrin para imam sebelumnya seperti Abu Hanifah dan Suyfan al-Tsauri daripada kalangan ahli Kufah, al-Auza‘i dan selainnya daripada kalangan ahli Syam, Malik dan al-Syafi‘i daripada kalangan ahli Haramain dan sebagainya daripada kalangan Semenanjung Arab dan baki yang seterusnya daripada lain-lain negeri, dan seperti Ahmad bin Hanbal dan selainnya daripada kalangan Ahl al-Hadits.
Tokoh-tokoh terkemudian seperti Ibn Taimiyyah (728H), Ibn Qayyim (751H), Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1206H) dan sebagainya juga berada di dalam Mazhab Ahl al-Sunnah dan berusaha membela keasliannya daripada pelbagai aliran baru yang wujud pada zaman mereka. Mazhab Ahl al-Sunnah yang mereka bela kelihatan "aneh" bukan kerana ia sesuatu yang baru tetapi kerana sudah lama ditenggelamkan oleh aliran-aliran lain yang muncul di sepanjang zaman. Pada masa kini diketahui terdapat beberapa aliran yang semuanya mendakwa diri mereka sebagai Mazhab Ahl al-Sunnah. Ada juga yang berpendapat Mazhab Ahl al-Sunnah itu dengan sendirinya terdiri daripada beberapa aliran seperti al-Asya‘irah, al-Matudiriyyah dan sebagainya. Pendapat-pendapat ini adalah tidak benar kerana:
Oleh itu sekali lagi ditegaskan, Ahl al-Sunnah ialah kumpulan umat Islam yang wujud sejak zaman wahyu masih diturunkan. Ia hanya mula dikenali dengan nama Ahl al-Sunnah setelah timbulnya pelbagai aliran baru (bid‘ah) beberapa dekad selepas wafatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertujuan membezakan golongan yang yang berada di atas di atas keaslian agama Allah dan Rasul-Nya dengan aliran-aliran lain yang wujud terkemudian yang bercampur aduk dengan teori akal dan fahaman lain. [1] Untuk perbahasan terperinci tentang istitah ini, rujuk kertas kerja Johari Mat: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah : Satu Pengenalan di dalam buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah Golongan Tauladan (Jahabersa, Johor Bahru 2004).
|
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
- JAWAPAN AHL AL-SUNNAH KEPADA SYI'AH AL-RAFIDHAH DALAM PERSOALAN KHALIFAH
- SIAPAKAH SYIAH AL-RAFIDHAH
- BENARKAH SYIAH PENGIKUT AHL AL-BAIT
- PETUNJUK AL-QURAN MENGIKTIRAF KEKHALIFAHAN ABU BAKAR, UMAR, UTSMAN, ALI RAA
- IKTIKAD AHL AL-SUNNAH KE ATAS AHL AL-BAIT RASULULLAH
- LIMA STRATEGI ASAS SYIAH DALAM BERHUJAH DAN JAWABAN AHL AL-SUNNAH KE ATASNYA









